Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini kami ingin kongsikan satu lagi inovasi kumpulan SOAR iaitu BCG. Idea ini timbul berikutan cara persembahan DP yang selalunya menggunakan Power Point sebagai medium persembahan data. Jadi kumpulan kami mengetengahkan idea ini bagi menunjukkan kelainan dari segi paparan yang mudah difahami. Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya nak kongsikan inovasi SOAR Team iaitu OPR Headcount. Inovasi ini digunakan untuk tujuan berlainan mengikut situasi sebagai contoh:
(1) Guru - guru boleh menggunakan inovasi ini sebagai bukti usahanya terhadap pelajar. Melalui inovasi ini dia boleh mengikuti perkembangan kelasnya dan paling penting boleh menunjukkan kepada pihak atasan prestasi subjek yang diajarnya.
(2) Pembimbing - boleh menggunakan inovasi ini sebagai alat bimbingan dan bukti kejayaan bimbingan terhadap GDB
(3) Pentadbir - boleh menggunakan inovasi ini sebagai alat bimbingan dan tujuan penilaian prestasi.