Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya nak kongsikan inovasi SOAR Team iaitu OPR Headcount. Inovasi ini digunakan untuk tujuan berlainan mengikut situasi sebagai contoh:
(1) Guru - guru boleh menggunakan inovasi ini sebagai bukti usahanya terhadap pelajar. Melalui inovasi ini dia boleh mengikuti perkembangan kelasnya dan paling penting boleh menunjukkan kepada pihak atasan prestasi subjek yang diajarnya.
(2) Pembimbing - boleh menggunakan inovasi ini sebagai alat bimbingan dan bukti kejayaan bimbingan terhadap GDB
(3) Pentadbir - boleh menggunakan inovasi ini sebagai alat bimbingan dan tujuan penilaian prestasi.