| HALAMAN UTAMA | |PROFIL RISDA SANDAKAN| | E-TANAM| |LOGIN PEMOHON| |LOGIN ADMIN| |HUBUNGI KAMI |

 

TENTANG RISDA

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah kementerian kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

1. Akta Pihak Berkanun Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah (Akta 85 Tahun 1972).

2. Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (penanaman semula) 1952. Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekomomi negara.

 

VISI

Menjadi agensi PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

 

MISI

Membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan komersial

 

FUNGSI-FUNGSI RISDA:

1. Melaksanakan pembaharuan pertanian yang dihasilkan daripada penyelidikan.

2. Bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, pengembangan, pinjaman pertanian, pemprosesan dan pemasaran getah bagi mempercepatkan proses pemodenan sektor pekebun kecil.

3. Melaksanakan penanaman semula dan penanaman baru dengan klon-klon baru yang boleh mengeluarkan hasil yang tinggi melalui amalan agronomi yang baik.

4. Memastikan bahawa sektor pekebun kecil adalah dimodenkan dari segala segi bagi memperbaiki keadaan ekonomi mereka.

5. Mendapatkan dan menyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu berhubung dengan pembangunan sektor pekebun kecil.

6. Mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang ditentukan oleh Menteri yang bertanggungjawab dari semasa ke semasa berhubung dengan pembaikan dan kemajuan sektor pekebun kecil.