| HALAMAN UTAMA | |PROFIL RISDA SANDAKAN| | E-TANAM| |LOGIN PEMOHON| |LOGIN ADMIN| |HUBUNGI KAMI |

LATAR BELAKANG RISDA SANDAKAN

RISDA Daerah Sandakan terletak di kawasan Bandar Prima Batu 4 Sandakan Sabah. Mulanya beroperasi pada tanggal 01 April 2010 dengan kekuatan kakitangan seramai tiga orang yang diketuai oleh Encik Ahmad Zaki bin Abdullah dan dibantu oleh Encik Syed Mohd Khairi Bin Syed Salim sebagai Pembantu Pertanian Risda (Kini dikenali sebagai Penolong Pegawai Pertanian) dan Puan Rahimah Rahim sebagai kerani kewangan. Pejabat RISDA Sandakan telah mencatat sejarah tersendiri sebagai pejabat RISDA daerah yang terawal diwujudkan di Negeri Sabah dan telah menjadi pejabat RISDA daerah pertama yang menerima bekalan benih dari tanah besar semenanjung. Seterusnya mula ditanam di Kampung Kulu-kulu yang terletak di dalam Daerah Kota Kinabatangan Sabah.

Dengan hasil usaha Pegawai RISDA Daerah Sandakan iaitu Pn. Carlbraeini Simol, Pegawai yang menggantikan En Ahmad Zaki, Kini Pejabat RISDA Daerah Sandakan telah berdiri dengan gahnya dan sudah dikenali oleh pekebun kecil getah khususnya di bahagian Sandakan. PRD Sandakan telah banyak menyemai bakti di kalangan pekebun kecil melalui program penanaman semula, bantuan kepada isi rumah, generasi muda dan juga di dalam sektor pendidikan di kalangan anak-anak pekebun kecil.

PEJABAT RISDA DAERAH SANDAKAN
LOT 36-GF, 36-1F & 37-1F, BLOK 3
PRIMA SQUARE BATU 4
90000 SANDAKAN SABAH

NO. TEL: 089-216755